GOOD NEWS

PUSAT PERUBATAN KOHILAL (PPKSB): OKTOBER 2010

PUSAT PERUBATAN KOHILAL MEMULAKAN FASA BARU
Dr. Hj. Md. Yusnan Hj. Yusof,
Pengerusi lembaga pengarah PPKSB

Menurut Dr. Hj. Md. Yusnan Hj. Yusof, Pengerusi  Lembaga Pengarah, Pusat Perubatan Kohilal Sdn. Bhd.(PPKSB) :”Bermula  pada  Jumaat  22 Syawal 1431Hijrah bersamaan 01hb. Oktober 2010  PPKSB telah  memulakan sesi baru sebagai mengambil semangat dari Bulan Ramadhan yang baru berlalu dan Aidil Fitri yang baru  disambut pada tanggal 1 syawal yang lepas. PPKSB telah menambahkan waktu perkidmatan dan menawarkan beberapa perkhidmatan tambahan yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing”.

Pusat Perubatan Kohilal Sdn. Bhd. (PPKSB) yang terletak di 225 jalan Negara 2, Taman Melawati  berhadapan  Medan Selera Taman Melawati.  Bermula Oktober 2010, PPKSB telah menambah waktu perkhidmatan dan akan mula menawarkan perkhidmatan Klinik Pakar Sakitpuan melalui temujanji yang akan dikendalikan oleh Dr. Marsita Mansor pada setiap hari Ahad dari jam 0900 hingga 0100 tengahari. Klinik Rawatan Am akan beroperasi dari hari Isnin hingga hari Sabtu bermula dari jam  0900 hingga jam 10 malam. Klinik am akan berhenti rehat untuk Solat Zohor dari jam 0200 hingga jam 0300 petang dan juga akan berhenti rehat untuk Solat Asar selama 15 minit.
Klinik am yang menawarkan pelbagai perkhidmatan rawatan untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak secara umumnya akan dikendalikan oleh Dr Zunita Abdul Hamid yang mempunyai kelulusan dari Dalhousie University, Canada dan  telah terlibat dalam bidang Obstetrical and Gynaecological  (O & G) untuk tempoh hampir sepuluh tahun. Klinik  yang dikendalikan oleh Dr. Rayney Azmi Ali akan terus beroperasi pada setiap hari Rabu dari jam 0600 petang hingga jam 10 malam.
PPKSB juga menawarkan perkhidmatan pakar sakitpuan dengan temujanji  pada hari Rabu  dari jam 0600 hingga jam 1000 malam dan pada hari sabtu dari jam 0900 pagi hingga jam 0200 petang.Ia dikendalikan oleh Dr. Norshida Ibrahim ,Pakar Sakitpuan dan Dr. zarina Bibi yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sakitpuan. Klinik pakar kanak-kanak juga ditawarkan , ia dikendalikan dengan temujanji oleh Dr. Hasmawati  pada hari Selasa hingga Jumaat dari jam 1230 hingga jam 0130 tengahari.

Dr. Marsita Mansor
Pakar Obstetrik & Gaenokologi dan Pakar Fertility Treatment.

Dr. Marsita Mansor, Pakar Sakitpuan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang  Obstetrical and Gynaecological  (O & G) telah bersedia untuk menawarkan kepakaran beliau di PPKSB. Beliau pernah berkhidmat  di beberapa buah hospital pakar di Arab Saudi antaranya; King Fahd Armed Forces Hospital, Jeddah  dan  International Medical Center, Jeddah serta pernah merawat keluarga Diraja Arab Saudi. Beliau adalah di antara beberapa orang pakar kesuburan dan kerap mengendalikan proses bayi tabung uji.
Menurut Dr. Hj. Md. Yusnan Hj. Yusof : “Sessi  Ahad ini diharap akan dapat membantu dengan izin Allah SWT pasangan-pasangan yang bermasalah untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi melalui kepakaran dan pengalaman luas  yang dimiliki oleh Dr Marsita Mansor
Pusat perubatan Kohilal Sdn. Bhd.(PPKSB) juga menawarkan perkhidmatan bersalin 24 jam, kemudahan bersalin ini dilengkapi dengan bilik bedah, bilik-bilik perseorangan, wad terbuka, bilik penjagaan bayi, phototheraphy dan lain-lain.

Dalam usaha menambahkan pengetahuan bakal-bakal ibubapa terhadap aspek pregnancy, kelahiran dan prosesnya pihak PPKSB juga telah dan akan terus menganjurkan Antenatal Class yang biasanya diadakan pada setiap hari Ahad minggu pertama dengan bayaran yang cukup minima. Pihak pengurusan akan memaklumkan tentang tarikh dan perkara yang berkaitan dari semasa ke semasa. Kelainan yang dipersembahkan oleh PPKSB ialah proses pregnancy  dan kelahiran dari perspektif Islam di samping pengetahuan dari sudut kesihatan yang disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing. 

Pihak pengurusan PPKSB amat mengharapkan agar kewujudan PPKSB akan dimanfaatkan oleh seluruh lapisan masyarakat. Tawaran-tawaran pakej bersalin terendah antara yang  mampu ditawarkan oleh pihak PPKSB dan kos rawatan yang wajar hendaklah direbut oleh semua pihak. Pihak-pihak yang berminat untuk disenaraikan sebagai panel atau ingin mendapatkan khidmat kesihatan dari PPKSB  bolehlah menghubungi talian talipon PPKSB : 03 41068466/41068467/41068468   atau faks 03 41068469 atau email :ppksb@tm.net.my. Ia  juga boleh dilawati di alamat website : http://ppksb.blogspot.com/